Salam...
Hadoiii.. Satu lagi hari yang memenatkan buat aku sebagai seorang pelajar di pentadbiran skjitra.. Tapi,, penat2 pun still rasa nak buat lagi aktiviti yang kami buat tadi.. Best wooo!!! Hehe.. Rugi sapa x ikut sekali..
Mula pagi2 aku macam biasa laa kena pi sekolah.. Our journey to Suasana Permai starts here.. Semua yang terlibat berkumpul kat dewan sekolah.. Cikgu ada laa bagi taklimat sket.. Katanya hari ni cikgu akan bawak kami semua panjat bukit.. Nak tengok pemandangan dari atas bukit tu.. Dalam hati memang dah rasa best dah.. Boleh terbayang dah betapa cantiknya bila dah sampai atas bukit tuu.. Mhewhew...:-D
Dalam pukul 8 lebih tu budak perempuan dulu cikgu suruh naik bas.. Lepas tuu baru diikuti dengan budak lelaki.. Sejuk kot dalam bas tuhh!! Menggigil den!! Hehe..( feeling lebih plak aku ni..padahal aku yang tak bagi orang lain tutup aircond..hehe ).. Tapi satu benda jaa yang buat aku rasa rugi sangat!! Rugi gilaa!! Aku tak bawak kamera sebeb bateri habis..huhuhu.. Kira nak menumpang orang punya jaa tadi..
Bila semua dah sampai kat destinasi yang dituju tu,, bermula laa aktiviti kami untuk mendaki bukit.. Masa naik tu,,memang laa best tapi tudia laa,, sampai nak pengsan sebab penat sangat!! Dah laa panaih!! Hehe.. Aku dengan kawan2 ada jugak laa berhenti kat beberapa tempat untuk ambik gambar.. Cantik sangat pemandangan dari atas bukit tu.. Sejuk mata memandang.. ;-)
Bila dah sampai kat puncak bukit,,haha!! Apa lagi,, photoshoot laa!! apatah lagi cikgu2..yang paling kronik skali Guru Besar laa.. Hehe.. Cikgu Sharif sorang jaa yang betul2 bersemangat nak ambik gambaq.. Pulak tu bila orang dah ambik gambaq cikgu tnya pulak hensem ka dakk!! Haha..! Tak sangka pulak cikgu Sharif ni sporting jugak.. Ya laa,, asal cikgu bagi taklimat apa2 muka mesti serius jaa.. Rupa2 nya baik jugak.. Alhamdulillah.. Hehe..
Mesti yang baca entry ni tertanya tanya kann macam mana waktu dalam perjalanan naik bukit tu?? Ya Allah,, sakit gilaa kaki.. Rasa macam nak patah dah!! Maklumlaa..nama pun bukit..mna ada jalan straight jaa.. Agak curam dan licin laa jugak.. Paling nak tergelak sekali Ustazah Maizan..hehe.. Ustazah Hajarah call dia sebab nak tanya group budak laki dah daki bukit ka belum lagi.. Ustazah Maizan nak jawab 'dah' tapi tudia laa..tak larat sangat dah sampai nak bercakap talipon pon susah!! Hahaha!!!
Lepas buat aktiviti naik turun bukit tu,, kebetulan awal lagi..
Cikgu bawak laa kamu semua pi lepak2 and makan2 kat tasik.. Ingatkan nak bagi naik bas macam mula2 ,, rupanya jalan kaki!! Ya Tuhan,, engkau sahajalah yang tahu betapa sakit dan lenguhnya kakiku!! Sampai2 kat tasik tu rasa macam nak terjun jaa kat dalam air tu.. Dah laa hangat!! Peluh meleleh leleh kot dalam baju!! Kira apa,, lapaq, panaih, letih,,suma ada kat kami ni.. Cikgu lain laa,, stamina tinggi.. Apalaa nak dibandingkan dengan kami ni.. Huhuhu..
Bila semua dah kenyang,, pi main kat playground pulak..tapi yang biat kami frust,, tak dan nak main sampai puaih hujan dah memunculkan diri dengan lebatnyaaaa.... Hadoyaii.. Tensyen arr jugak.. Nak berseronok tak boleh..huhuhu... :-(
Bila dah dalam pukul 12 tengah hari tu cikgu pun mula laa call balik bas yang kami naik awal2 pagi yang nak pi daki bukit tuu.. Hehe.. Pakat lentok habih dalam bas!! Ada gak laa ayng hingaq.. Kira apa,, aku pun lentok!! Hohohohoho!!! :-D
That's all 4 this entry.. Hope u all enjoy reading this blog..
Bubye!! ;-)
Bila dah dalam pukul 12 tengah hari tu cikgu pun mula laa call balik bas yang kami naik awal2 pagi yang nak pi daki bukit tuu.. Hehe.. Pakat lentok habih dalam bas!! Ada gak laa ayng hingaq.. Kira apa,, aku pun lentok!! Hohohohoho!!! :-D
That's all 4 this entry.. Hope u all enjoy reading this blog..
Bubye!! ;-)


0 comments:
Post a Comment